Perisai:
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang :
Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
Dua tangkai padi bersilang :
Melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
Buku yang terbuka dan Rehal :
Melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna Hijau :
Melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna Merah :
Melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
Warna Kuning :
Melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
Warna Putih :
Melambangkan keikhlasan serta kesucian.
No comments:
Post a Comment