Tuesday, October 12, 2010

Keputusan Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 9 Oktober 2010 anjuran Tunas Kadet Remaja Sekolah.Seramai 50 peserta TKRS telah mengambil bahagian.Tahniah kepada semua yang turut serta.Terima Kasih kepada guru-guru pembimbing yang hadir serta mengadili pertandingan.Berikut adalah senarai nama pemenang.


Kategori Tahun 6

Tempat Pertama:

Nur Arisha Nadhirah bt Md. Yazid (6 Johan)

Tempat kedua:

Shahzana bt Shahiran ( 6 Johan)

Tempat ketiga:

Nur Aziera bt Abdul Manap (6 Juara)


Kategori Tahun 5

Tempat Pertama:

Nur Anisha Nadhihah binti Md. Yazid (5 Jaguh)

Tempat Kedua:

Nurain Nadeera binti Jalaludin (5 Johan)

Tempat Ketiga:

Nur Syahirah binti Othman (5 Johan)


Kategori tahun 4

Tempat Pertama:

Siti Nur Aqidah binti Abd Rahman (4 Juara)

Tempat kedua:

Nabila Najwa binti Suhaimi(4 Juara)

Tempat Ketiga:

Mohd. Amirul bin Naspudin (4 Johan)

Friday, October 8, 2010

AKTIVITI TKRS OKTOBER

Naib Johan Pertandingan mewarna


Johan Pertandingan mewarna


GPK Kokurikulum memantau
pertandingan mewarna


Pelajar lelaki sedang tekun mewarna


sedang asyik mewarna....


PERTANDINGAN MEWARNA 2010


9 OKTOBER 2010 ( SABTU ) - Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya antara ahli-ahli TKRS diadakan pada hari ini. Seramai 50 peserta mengambil bahagian.

Tuesday, August 10, 2010

Jamboree On The Air@JOTA Rantau Asia Pasifik 2010

Lawatan ke Jamboree serta Bengkel Penggunaan Radio Amatur Rantau Asia Pasifik...
Jomm tengok gambar2 semasa lawatan.

kain rentang ni dah lencun dibasahi hujan...

wajah2 ceria peserta..yg turut bermain hujan...

sedikit info tentang JOTA

mendengar taklimat di balai ilmu...

khusyuk mendengar penerangan...

aduuss..macamana nak cakap nih???

adjust sikit bg clear....
Jamboree On The Air @ JOTA Rantau Asia Pasifik 2010 adalah perhimpunan yang menghubungkan ahli2 pengakap menggunakan teknologi komunikasi radio.Uniknya di sini,pesertanya tidak perlu ke luar negara untuk menyertai Jamboree tersebut.Sebilangan perhubungan pertama melalui radio berkemungkinan akan berterusan kemudiannya dengan emel dan juga surat menyurat antara pasukan2 pengakap tersebut.
Objektifnya untuk memberikan pendedahan khasnya kepada pengakap dan amnya masyarakat awam tentangilmu berkomunikasi menggunakan radio.
Mudah2an...peserta yang mengikuti lawatan ini..sedikit sebanyak memprolehi ilmu untuk bekalan diri.

Monday, July 19, 2010

Hari Perkhemahan 2010

Mari kita saksikan aksi2 murid ini sepanjang Hari Perkemahan Unit Beruniform 2010








Pengalaman yang meninggalkan kenangan terindah seumur hidup.
Tahun depan jumpa lagi...Insya Allah

AKTIVITI MEMBUAT KRAFTANGAN


Inilah hasil kraftangan yang dibuat oleh pelajar
dengan dibantu guru penasihat



Tiga orang pelajar perempuan sedang
tekun mewarna bingkai pagar


Cikgu Samsuree sedang memerhati pelajar lelaki
membuat kerja mengukur kotak



Guru pelatih bersama pelajar sedang
memotong kotak


10 JULAI 2010( Sabtu) - Aktiviti kokurikulum pada hari ini ialah projek membuat kraftangan daripada bahan terbuang (membuat pagar hiasan bermaklumat bahasa daripada kotak) . Guru penasihat terdiri daripada Pn.Mislia ,Pn.Normala,Pn.Zainorida.Pn Fadilah ,En Samsuree dan guru pelatih IPTHO.

Pelajar sangat teruja melihat hasil kerjatangan mereka. Selama ini mereka tidak terfikir kegunaan kotak yang dibuang di rumahnya. Mereka boleh meletakkan kad hari raya atau kad-kad ucapan. Mereka puas dan gembira dapat menghasilkan kraftangan tersebut.

Sunday, July 18, 2010

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM


Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.......
sedan mengikat buluh untuk membuat gajet perkemahan



Bergambar kenangan di hadapan gajet menara jambatan.....
pengalaman paling berharga di alam persekolahan
yang tidak dapat dilupakan



Peserta lelaki sedang mengemas pakaian
di hari akhir perkhemahan....isyarat tangan tanda puas
dan terima kasih cikgu......



Berpakaian lengkap unit-unit beruniform
bergambar kenangan di hadapan gajet menara jambatan


PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2010

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM 2010


Guru-guru penasihat TKRS yang segak
dan bergaya .....baik punya......!!!!!



Bergambar segak guru penasihat TKRS
bersama GPK Kokurikulum


GPK Kokurikulum En.Aziz Bin Seman
bersedia menerima tabik hormat
memulakan perhimpunan


Saturday, July 17, 2010

Hari Sukan dan Balapan Sekolah


Perbarisan sempena Hari Padang dan Balapan SK Peserai 2010
*walaupun padang becak kerana hujan semalam,namun ahli TKRS tetap cekal mengharunginya...SYABAS!!!


Friday, July 16, 2010

TKRS 2010

JAWATANKUASA
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
SK PESERAI,BATU PAHAT
PENAUNG :
TN.HJ. SARKAWI BIN HJ. SATU (GURU BESAR)

PENASIHAT :
EN.AZIZ BIN SEMAN(GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA KOKORIKULUM: EN.AZMAN BIN WARTAM

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM: PN. ZAINORIDA BINTI NGARIP

KAUNSELOR : EN. MOHD YUSOF BIN BASIR

GURU PEMBIMBING:
PN. MISLIA BINTI ZAITUN
EN. MOHD. BALYA HIDIR BIN MD. SALLEH
EN. MD YATIM BIN JULI
PN. NOORHALIZA BT ABDUL KADIR
PN. NORMALA BINTI SULEIMAN
EN. ZAINAL BIN SALLEH
PN. NAHIDA BINTI ON
PN. MASIDAH BINTI PAIMIN
PN. FADZILAH BINTI PAIMAN
EN. MOHAMMAD SHAMSUREE BIN SADAI
EN. MUHIBBUDIN BIN ABDULLAH
EN. MOHD.SAMSUREE BIN SADAI


PENGERUSI :
MUHAMMAD SYAHNAZ SYAFIQ B. NOIMPENDI

NAIB PENGERUSI :
NURUL SYAZA BT SARKAWI

SETIAUSAHA :
SHAHZANA BINTI SAHIRAN

P. SETIAUSAHA :
NUR ARISHA NADIRAH BT MD YAZID

BENDAHARI :
MUHAMMAD HAZMI B. SIDIK

P.BENDAHARI :
SAIDATUL UMMI BT. YAAKUB

AJK :
MUHAMMAD FARIS B. NORDIN
MUHAMMAD NAZMEER B. BUANG
NUR AZIERA BT ABD. MANAP
TIHANI AFRINA ZAREEN BT SAMSUDIN
NURUL HERYANI ARFIDA BT ARIFIN
MUHAMMAD IQRAM B. HUSNI

Lagu TKRS

KADET REMAJA SEKOLAH

KADET REMAJA SEKOLAH
MENUJU SATU IKATAN BERSAUDARA
BERSATU MENJULANG KEAMANAN NEGARA
MENJAYAKAN ILMU IMAN DAN AMAL

MARILAH KITA MEMBINA PERIBADI
MEMBENTUK INSAN YANG KREATIF
KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI
SEPANJANG MASA YANG BERTERUSAN

REMAJA SAHUTLAH CABARAN
MENJADI BANGSA MALAYSIA
MAJU DAN CEMERLANG
REMAJA BERWAWASAN
JANGAN KITA LUPA KEPADA PENCIPTA

REMAJA HAYATI BUDAYA
ILMU IMAN DAN AMAL
KEKALKAN DI HATI DAN JIWAMU
WAWASAN KADET REMAJA SEKOLAH

Logo TKRS


Perisai:
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang :
Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

Dua tangkai padi bersilang :
Melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka dan Rehal :
Melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Warna Hijau :
Melambangkan alam sekitar yang sihat.

Warna Merah :
Melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

Warna Kuning :
Melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna Putih :
Melambangkan keikhlasan serta kesucian.