Monday, July 19, 2010

AKTIVITI MEMBUAT KRAFTANGAN


Inilah hasil kraftangan yang dibuat oleh pelajar
dengan dibantu guru penasihat



Tiga orang pelajar perempuan sedang
tekun mewarna bingkai pagar


Cikgu Samsuree sedang memerhati pelajar lelaki
membuat kerja mengukur kotak



Guru pelatih bersama pelajar sedang
memotong kotak


10 JULAI 2010( Sabtu) - Aktiviti kokurikulum pada hari ini ialah projek membuat kraftangan daripada bahan terbuang (membuat pagar hiasan bermaklumat bahasa daripada kotak) . Guru penasihat terdiri daripada Pn.Mislia ,Pn.Normala,Pn.Zainorida.Pn Fadilah ,En Samsuree dan guru pelatih IPTHO.

Pelajar sangat teruja melihat hasil kerjatangan mereka. Selama ini mereka tidak terfikir kegunaan kotak yang dibuang di rumahnya. Mereka boleh meletakkan kad hari raya atau kad-kad ucapan. Mereka puas dan gembira dapat menghasilkan kraftangan tersebut.

No comments:

Post a Comment