Saturday, January 8, 2011

AKTIVITI PERTAMA 2011


Pn.Mislia Zaitun Ketua Guru Penasihat TKRS



Sebahagian guru-guru penasihat TKRS


Suasana mesyuarat Agong Pemilihan AJK


Sebahagian calon AJK



Setiausaha TKRS menulis laporan



Barisan AJK TKRS 2011



AJK Tertinggi TKRS 2011



Ahli pasukan TKRS mendengar
penerangan perjalanan program 2011



Suasana mesyuarat Agong TKRS


PEMILIHAN AJK TKRS 2011

8 Januari 2011(Sabtu), hari pertama aktiviti kokurikulum bagi tahun ini. Agenda hari ini ialah mesyuarat Agong dan pemilihan AJK 2011. Mesyuarat berjalan dengan lancar. Ketua guru penasihat TKRS, Pn.Mislia Zaitun telah menguruskan menyuarat dengan baik .Ia dibantu rakan-rakan guru penasihat lain.

Beliau berharap Pasukan TKRS tahun ini akan lebih berjaya dari tahun-tahun lepas. Diharapkan banyak penglibatan yang disertai diperingkat sekolah dan daerah.

Tuesday, October 12, 2010

Keputusan Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 9 Oktober 2010 anjuran Tunas Kadet Remaja Sekolah.Seramai 50 peserta TKRS telah mengambil bahagian.Tahniah kepada semua yang turut serta.Terima Kasih kepada guru-guru pembimbing yang hadir serta mengadili pertandingan.Berikut adalah senarai nama pemenang.


Kategori Tahun 6

Tempat Pertama:

Nur Arisha Nadhirah bt Md. Yazid (6 Johan)

Tempat kedua:

Shahzana bt Shahiran ( 6 Johan)

Tempat ketiga:

Nur Aziera bt Abdul Manap (6 Juara)


Kategori Tahun 5

Tempat Pertama:

Nur Anisha Nadhihah binti Md. Yazid (5 Jaguh)

Tempat Kedua:

Nurain Nadeera binti Jalaludin (5 Johan)

Tempat Ketiga:

Nur Syahirah binti Othman (5 Johan)


Kategori tahun 4

Tempat Pertama:

Siti Nur Aqidah binti Abd Rahman (4 Juara)

Tempat kedua:

Nabila Najwa binti Suhaimi(4 Juara)

Tempat Ketiga:

Mohd. Amirul bin Naspudin (4 Johan)

Friday, October 8, 2010

AKTIVITI TKRS OKTOBER

Naib Johan Pertandingan mewarna


Johan Pertandingan mewarna


GPK Kokurikulum memantau
pertandingan mewarna


Pelajar lelaki sedang tekun mewarna


sedang asyik mewarna....


PERTANDINGAN MEWARNA 2010


9 OKTOBER 2010 ( SABTU ) - Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya antara ahli-ahli TKRS diadakan pada hari ini. Seramai 50 peserta mengambil bahagian.

Tuesday, August 10, 2010

Jamboree On The Air@JOTA Rantau Asia Pasifik 2010

Lawatan ke Jamboree serta Bengkel Penggunaan Radio Amatur Rantau Asia Pasifik...
Jomm tengok gambar2 semasa lawatan.

kain rentang ni dah lencun dibasahi hujan...

wajah2 ceria peserta..yg turut bermain hujan...

sedikit info tentang JOTA

mendengar taklimat di balai ilmu...

khusyuk mendengar penerangan...

aduuss..macamana nak cakap nih???

adjust sikit bg clear....
Jamboree On The Air @ JOTA Rantau Asia Pasifik 2010 adalah perhimpunan yang menghubungkan ahli2 pengakap menggunakan teknologi komunikasi radio.Uniknya di sini,pesertanya tidak perlu ke luar negara untuk menyertai Jamboree tersebut.Sebilangan perhubungan pertama melalui radio berkemungkinan akan berterusan kemudiannya dengan emel dan juga surat menyurat antara pasukan2 pengakap tersebut.
Objektifnya untuk memberikan pendedahan khasnya kepada pengakap dan amnya masyarakat awam tentangilmu berkomunikasi menggunakan radio.
Mudah2an...peserta yang mengikuti lawatan ini..sedikit sebanyak memprolehi ilmu untuk bekalan diri.

Monday, July 19, 2010

Hari Perkhemahan 2010

Mari kita saksikan aksi2 murid ini sepanjang Hari Perkemahan Unit Beruniform 2010








Pengalaman yang meninggalkan kenangan terindah seumur hidup.
Tahun depan jumpa lagi...Insya Allah

AKTIVITI MEMBUAT KRAFTANGAN


Inilah hasil kraftangan yang dibuat oleh pelajar
dengan dibantu guru penasihat



Tiga orang pelajar perempuan sedang
tekun mewarna bingkai pagar


Cikgu Samsuree sedang memerhati pelajar lelaki
membuat kerja mengukur kotak



Guru pelatih bersama pelajar sedang
memotong kotak


10 JULAI 2010( Sabtu) - Aktiviti kokurikulum pada hari ini ialah projek membuat kraftangan daripada bahan terbuang (membuat pagar hiasan bermaklumat bahasa daripada kotak) . Guru penasihat terdiri daripada Pn.Mislia ,Pn.Normala,Pn.Zainorida.Pn Fadilah ,En Samsuree dan guru pelatih IPTHO.

Pelajar sangat teruja melihat hasil kerjatangan mereka. Selama ini mereka tidak terfikir kegunaan kotak yang dibuang di rumahnya. Mereka boleh meletakkan kad hari raya atau kad-kad ucapan. Mereka puas dan gembira dapat menghasilkan kraftangan tersebut.